• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebuah Bank Di Ipoh Terima Panggilan Bom Palsu

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sebuah bank di Jalan Seenivasagam di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya menerima panggilan palsu yang mendakwa bom akan dipasang di bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata seorang kakitangan wanita bank tersebut menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 pagi ini daripada seorang lelaki yang bertutur dalam bahasa Melayu.

“Polis terima maklumat kejadian pada pukul 12.06 tengah hari. Anggota Unit Pemusnah Bom, Unit Anjing Pengesan serta forensik melakukan siasatan di seluruh bahagian bangunan tujuh tingkat itu, namun tidak menemui sebarang bahan letupan.

“Ia merupakan berita palsu yang dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, bank terbabit yang mempunyai kira-kira 80 kakitangan dibuka semula selepas satu jam setengah pemeriksaan dijalankan.

Sum berkata polis akan menjalankan siasatan untuk mengesan individu terbabit yang cuba mencetuskan keresahan dan ketakutan orang menerusi panggilan itu.

“Panggilan itu kena semak dahulu kerana sekarang ini banyak jenis panggilan yang boleh dibuat termasuk menerusi komputer,” katanya, dan menambah, kakitangan bank berkenaan telah membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru.

Beliau berkata kes ugutan bom itu adalah yang pertama di Perak setakat tahun ini dan beliau meminta orang ramai agar tidak membuat panggilan palsu kerana ia akan mendatangkan masalah kepada orang awam.

“Berikutan kejadian itu, peniaga yang menjalankan perniagaan berhampiran bank tersebut terpaksa menutup premis, ia sekali gus merugikan perniagaan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd