• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Mansuhkan Diskaun Beli Rumah Untuk Bumiputera

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUMIPUTERA yang ingin membeli rumah pangsapuri di Selangor, tidak akan lagi menikmati diskaun susulan perlaksanaan garis panduan baharu yang dilaksanakan kerajaan negeri mulai 1 September ini.

Dalam garis panduan itu, potongan harga sebanyak 10% buat Bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan SOVO (pejabat maya di rumah) akan dimansuh.

Bagaimanapun kuota 30% peruntukan rumah untuk Bumiputera masih dikekalkan seperti biasa.

“Kerajaan Selangor akan umumkan butiran terperinci semasa melaksanakan garis panduan ini pada 1 September depan,” kata Exco DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang dipetik portal FMT.

Menurut Teng, di bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi Soho dan Sovo.

Manakala kelayakan gaji pemohon pula dilapor dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM15,000 untuk satu isu rumah.

Bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada golongan berpendapatan bawah RM10,000.

Teng berkata garis panduan baru ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, termasuk kerajaan negeri, pemaju dan pembeli yang disifatkannya sebagai situasi ‘win-win’.

“Kami percaya semua pihak akan berpuas hati dengannya, termasuk kerajaan negeri, pembeli dan pemaju perumahan,” katanya.

Sehingga berita ini disiarkan, PAS selaku rakan kongsi dalam kerajaan Selangor masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai langkah terbaru Exco DAP ini.

Apa pendapat anda? Entah apa lagi yang tinggal untuk penduduk bumiputera di negeri yang ditadbir pembangkang ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPrumah mampu milikselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd