• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Toyol Cilik’ Dicekup Ustazah

oleh Ahmad Albab
29/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang cuba memecah masuk sebuah rumah dengan menyelinap melalui tingkap dapur sebaliknya dicekup seorang ustazah.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam, penjenayah cilik itu ditahan di kediaman mangsa di Kampung Mesej Nala Tungku di sini.

Pemilik rumah yang juga guru agama, Ustazah Rahimah Indanan, 32, berkata, dia dan suami menyedari kelibat penjenayah yang berada di dalam bilik tidur mereka sambil memegang pengecas telefon bimbit.

Menurutnya, dia dan suami, Ishak Jaddi, 32, yang sedang tidur ketika itu mendapati suspek berlegar-legar di dalam biliknya dipercayai mencari barangan berharga.

“Akibatnya saya menjerit dan suami yang sedang tidur nyenyak di sebelah saya turut terjaga. Kami lantas menangkap remaja itu dan membawanya ke ruang tamu rumah.

“Kami sempat menyoal siasat remaja itu. Namun lelaki itu memberi jawapan pelik mendakwa dia juga hairan bagaimanapun berada di dalam rumahnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, terdapat sebuah basikal di luar rumah dan disyaki milik suspek.

“Ini adalah kali keempat rumah kami dipecah masuk. Kejadian pertama berlaku pada Julai tahun lalu. Pada masa itu jam tangan dan cincin emas milik saya hilang dilarikan. Kes kedua pula berlaku pada Oktober tahun sama dan duit hasil kerja sampingan menjual kuih-muih lesap,” katanya.

Menurutnya, mereka kemudian menghubungi talian kecemasan 999 sebelum sepasukan anggota polis dari Balai Polis Tungku di sini, tiba di rumahnya untuk menahan suspek terbabit. – myMetro Online

Tags: kes samunUstazah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd