• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Sedia Platform Anak Muda Tunjuk Bakat Muzik

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menyedari minat dan potensi belia dalam bidang muzik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif menyediakan platform persembahan muzik santai secara percuma di taman-taman awam di ibu kota.

Program dinamakan ‘Jamming In the Park’ yang pertama kali diadakan mulai petang semalam di Taman Tasik Permaisuri, Cheras itu turut menyediakan alatan muzik seperti gitar dan dram tanpa sebarang bayaran untuk belia menunjukkan bakat masing-masing.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Ab. Salim Mansor berkata sebagai permulaan, program ini akan diadakan sebulan sekali di taman awam yang berbeza antaranya Taman Tasik Titiwangsa.

Ujarnya, jika ia mendapat mendapat sambutan menggalakkan daripada belia, kekerapannya akan ditingkatkan kepada setiap minggu pada Sabtu.

“Buat masa ini, hebahan Jamming In The Park ditumpukan kepada anak muda di kawasan Projek Perumahan Rakyat/Perumahan Awam seliaan DBKL sebagai aktiviti santai yang boleh dilakukan pada waktu senggang.

“Melalui program ini, mereka diberi peluang untuk bermain alat muzik dan menyanyi sehingga satu jam tanpa perlu menyewa studio yang bayarannya sudah tentu mahal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mini Konsert Ambang Merdeka KL Street Jam, di sini, malam tadi.

Ab. Salim berkata maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di laman sesawang rasmi DBKL, www.dbkl.gov.my atau menghubungi penerbit Jamming In The Park, Albert Nathar di talian 012-6062122. – BERNAMA

Tags: DBKLMuzik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd