• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabaran Nicol Di Terbuka Hong Kong Berakhir

oleh Ahmad Albab
28/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan remaja dunia, Nouran Gohar membantutkan kegembiraan Datuk Nicol David dalam menyambut hari jadinya, selepas pemain Mesir itu menewaskan ratu skuasy negara di separuh akhir Terbuka Hong Kong 2016, hari ini.

Pemain berusia 18 tahun itu yang juga pilihan kelima kejohanan, mara ke perlawanan akhir selepas menumpaskan Nicol yang menyambut hari jadinya ke-33 semalam, dengan 11-9, 11-7, 11-13 dan 11-9 dalam masa 57 minit perlawanan.

“Saya seperti tidak percaya, ia seperti mimpi. Saya tidak meletakkan sebarang sasaran di sini, tetapi untuk menewaskan Nicol, beliau adalah legenda!,” kata Gohar dalam Twitter kejohanan, hari ini.

Semalam, Gohar mencipta kejutan apabila menewaskan pemain nombor dua dunia, Laura Massaro dari England 11-8, 11-9, 8-11, 8-11, 14-12 dalam masa 80 minit perlawanan.

Pemain Mesir itu akan berdepan Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat pada perlawanan akhir, esok.

Terdahulu, Sobhy menempah tempat ke pentas akhir selepas mengejutkan pemain nombor satu dunia, Nour El Sherbini dari Mesir dengan 12-10, 11-5, 11-6. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd