• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minta DBKL Larang Warga Asing Jadi Tukang Masak

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut (DAP), Lim Lip Eng memuji langkah kerajaan Pulau Pinang menghalang warga asing daripada menjadi tukang masak di gerai-gerai di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara mempertimbangkan untuk menguatkuasakan larangan serupa di Kuala Lumpur.

Kata beliau, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong yang menjaga hal ehwal persatuan dan kebajikan penjaja wajar mempertimbangkan perkara itu.

“Mereka wajar mendapatkan maklum balas peniaga berlesen, pengunjung gerai dan pelancong sama ada mereka bersetuju supaya warga asing tidak dibenarkan menjadi tukang masak di gerai-gerai penjaja sekitar Kuala Lumpur.

“Peraturan ini untuk mengekalkan kualiti makanan tempatan dan memastikan kebersihan dan kesihatan makanan gerai memandangkan tukang masak tempatan disyaratkan mengambil suntikan kesihatan secara berkala,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lip Eng mendakwa, pihak berkuasa sebenarnya tidak memberikan permit untuk membenarkan warga asing bekerja sebagai tukang masak di gerai penjaja.

Dakwanya,  langkah itu bukan bertujuan mendiskriminasi warga asing atau menghalang mereka daripada mencari rezeki tetapi bagi memasikan hak pengguna terlindung.

Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini dilaporkan akan melarang warga asing daripada bekerja sebagai tukang masak utama di gerai penjaja mulai 1 Januari 2015.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dipetik berkata, majlis eksekutif negeri membuat keputusan itu selepas 86 peratus responden dalam satu kaji selidik menyokong cadangan berkenaan.

Beliau berkata syarat penjaja jalanan hanya menggunakan tukang masak tempatan akan menjadi antara kriteria dalam permohonan lesen penjaja.

Tags: DBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd