• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 CCTV Depot Tahanan Imigresen Juru Tidak Berfungsi

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada satu pun daripada 19 kamera rakaman litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Depot Tahanan Imigresen Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang masih berfungsi.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) , Datuk Yaacob Md. Sam berkata, perkara itu disedari pihaknya ketika melakukan lawatan mengejut ke atas depot tersebut pada 22 Ogos lalu.

“Pemerhatian dan pemeriksaan EAIC mendapati 19 CCTV telah dipasang di sekitar depot tetapi kesemua kamera tersebut tidak berfungsi semenjak tahun 2014.

“Pasukan penyiasat EAIC difahamkan faktor kekurangan kewangan menjadi sebab mengapa kamera litar tertutup tersebut masih tidak dibaik pulih sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, kata Yaacob, pihaknya akan menulis kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen supaya memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

Menurut, tindakan segera perlu diambil untuk memperbaiki kemudahan tersebut dan membaik pulih bangunan usang di Depot Tahanan Imigresen Juru serta menyegerakan kerja-kerja pembinaan bangunan Depot Tahanan Imigresen Juru yang baharu.

Yaacob dalam pada itu berkata, Depot Tahanan Imigresen Juru diwartakan bagi menampung kapasiti tahanan untuk seramai 500 orang iaitu 350 tahanan lelaki dan 150 tahanan wanita.

Namun, katanya, ketika lawatan, terdapat 595 orang tahanan ditempatkan di dalam depot ini iaitu 472 tahanan lelaki dan 123 tahanan wanita.

Tahanan terbabit terdiri daripada warga pelbagai negara dengan majoriti mereka iaitu seramai 289 merupakan warga Myanmar, 100 warga Indonesia dan 94 warga Bangladesh. – Mynewshub.cc

Tags: CCTV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

16/09/2024
0

ISLAMABAD - Demi menjaga keselamatan anak gadisnya, seorang bapa menggunakan kaedah 'istimewa' yang tular di media sosial. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

Pendakwaan Mohon CCTV Berkait Warga Israel Tidak Didedah Kepada Umum

02/09/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd