• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Pengurus Besar Syarikat Perbankan Ditahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus besar sebuah syarikat berkaitan kerajaan antara sepuluh individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terbabit rasuah.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pengurus besar berusia 40-an itu ditahan di ibu pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada Khamis lepas dalam operasi enam jam bermula pukul 2 petang.

“Kita menahan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Pahang. Antara yang ditahan adalah beberapa kontraktor dan pihak swasta.

“Kesemua mereka ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu, SPRM turut membekukan RM10 juta daripada beberapa akaun milik beberapa individu terbabit.

Pada Khamis lepas, seorang pengarah urusan sebuah syarikat perbankan yang sama bergelar Datuk turut ditahan SPRM, dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.

Ia dipercayai melibatkan kes berkaitan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

SPRM kini melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan, selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd