• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan DBKL Yang Direman, Dibebaskan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
27/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergelar ‘Datuk Seri’ yang sebelum ini direman 12 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM300,000 selepas tempoh remannya itu berakhir hari ini.

Lelaki itu sebelum ini ditahan reman tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos lepas dan kemudiannya disambung reman selama lima hari lagi sehingga hari ini.

Reman lelaki itu disambung selepas SPRM mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk melakukan beberapa lagi siri penggeledahan, merakam kenyataan kontraktor yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek selain mendapatkan dokumen-dokumen penting berhubung kes berkenaan.

Pegawai itu ditahan pada 3.07 petang, 15 Ogos lepas di pejabatnya di bangunan DBKL, Kuala Lumpur.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Di bawah Akta SPRM 2009, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan atau mana yang lebih tinggi.

Bagi Akta Pengubahan Wang Haram pula, pelaku berdepan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta atau mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lebih RM500,000 membabitkan projek pembalakan di pantai timur, turut dibebaskan hari ini.

Nik Isfahanie Tasnim membenarkan lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Lelaki berusia 64 tahun bergelar ‘Datuk’ itu sebelum ini ditahan oleh SPRM untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd