• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebahagian Kampung Kemayan Bakal Lenyap Akibat Hakisan Teruk

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Kampung Kemayan yang terletak berhampiran pantai Bachok di sini ibarat sedang menghitung hari untuk terus lenyap daripada peta akibat hakisan teruk.

Setiap kali musim tengkujuh, penduduk yang tinggal di sini berada dalam ketakutan kerana khuatir pada bila-bila masa saja rumah mereka akan dibadai angin kencang dan ombak kuat.

Kini hanya tinggal kira-kira enam rumah membabitkan 30 penghuni masih tinggal di kampung itu berbanding 15 buah sebelum ini disebabkan penduduk terbabit tiada tempat lain untuk berpindah.

Seorang penduduk, Ramlah Omar, 67, berkata sebelum ini terdapat kira-kira 15 rumah dan sebuah padang bola di kampung itu tetapi kini sebahagian besar kediaman serta padang itu lenyap akibat hakisan dan dihanyutkan ombak.

“Lebih seekar dah tempat kami ini dihakis ombak dan saya bersama keluarga hidup dalam ketakutan sokmo (sentiasa) ketika musim tengkujuh.

“Pada musim ini biasanya ombak begitu dekat dengan rumah dan kadang kala zink rumah berbunyi dan rumah bergegar akibat angin kuat,” katanya ketika ditemui Bernama.

Ramlah berkata, dia bimbang rumahnya yang terletak hanya beberapa meter saja dari laut akan lenyap jika sesuatu tidak dilakukan.

Bagi Daud Abdullah, 78, penduduk yang masih tinggal di kampung itu terdiri daripada keluarga miskin dan tiada tempat lain untuk menetap.

“Yang lain ada tempat tapi bagi kami inilah tempat untuk berteduh sejak sekian lama tetapi keadaan semakin menghimpit kami,” katanya.

Daud juga kesal kerana tiada pihak yang datang bertanyakan khabar tentang keadaan mereka selama ini.

“Musim angin (tengkujuh) ini kami tidak lelap mata takut tengah tidur dihanyut air (ombak),” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

08/10/2026
0

PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd