• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Menteri Malaysia Hadiri Pengebumian Mendiang S R Nathan

oleh Ahmad Albab
26/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Tiga menteri kabinet Malaysia akan menghadiri upacara pengebumian negara bekas Presiden Singapura, mendiang S R Nathan di sini hari ini, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Tiga menteri berkenaan ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, kata suruhanjaya itu kepada Bernama.

Upacara pengebumian negara itu akan diadakan di University Cultural Centre (UCC), National University of Singapore dari 3 petang hingga 5 petang.

Upacara di UCC akan dihadiri anggota keluarga mendiang Nathan, presiden Singapura, perdana menteri, menteri kabinet, anggota parlimen, anggota badan kehakiman dan perwakilan asing.

Tujuh eulogi akan disampaikan, termasuk oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, dan Duta Tugas Khas Tommy Koh.

Perarakan membawa jasad mendiang akan bermula pada 2 petang, melepasi mercu tanda yang begitu signifikan kepada Nathan seperti City Hall, Fullerton Hotel dan Pusat NTUC menghala ke UCC.

Menurut Jawatankuasa Pengelola Pengebumian Negara, jumlah orang ramai yang berbaris untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Nathan sehingga 10 malam Khamis, adalah lebih 20,000 orang.

Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 9.48 malam Isnin lepas, tiga minggu selepas diserang angin ahmar.

Nathan yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, merupakan presiden Singapura yang paling lama berkhidmat dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi berundur sebagai Presiden keenam pada 31 Ogos, 2011 dan diganti oleh Presiden sekarang Tony Tan Keng Yam. – BERNAMA

Tags: MenteriSR Nathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

‘Masa Saya Presiden Majlis Belia Malaysia, Menteri Gerun Kepada Saya’ – PMX Anwar

15/05/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata para menteri suatu ketika dahulu berasa gerun terhadap beliau semasa memegang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd