• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dengan kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 339, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu berhadapan Sekolah Kebangsaan Al Jabar, Dong, dekat Raub, petang tadi.

Penunggang Mohamed Zulfikri Mohd Zul, 16, dan adiknya Nurul Syakirah, 14, kedua-duanya pelajar SMK Dong, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, dalam kemalangan pada 2.30 petang itu, motosikal yang dinaiki dua beradik berkenaan dari arah Dong menghala ke Kota Bharu cuba memotong treler berkenaan dari arah sama, namun gagal.

“Ketika sedang melalui sebelah kiri treler itu, motosikal mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke kanan sebelum digilis tayar belakang treler itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.

“Kemalangan itu berlaku ketika waktu puncak semasa pelajar sedang pulang dari sekolah dan menurut saksi kedua-dua kenderaan dalam keadaan perlahan kerana jalan sibuk dan ramai pelajar sedang berjalan kaki di bahu jalan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan pemandu treler muatan kayu itu telah dibawa ke Bahagian Narkotik IPD Raub untuk ujian air kencing.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd