• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awan Bergulung Gemparkan Penduduk Pekan Langkap

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Awan bergulung seperti ombak gadang yang muncul di ruang angkasa Pekan Langkap dan Chui Chak pagi tadi menggemparkan penduduk sekitar kawasan itu.

Fenomena bentuk awan yang kelihatan seperti tsunami itu dapat dilihatpenduduk berkenaan selama kira-kira 15 minit.

Sejurus selepas itu, langit tiba-tiba berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya hampir satu jam membasahi bumi Langkap dan Chui Chak.

Formasi awan luar biasa berbentuk ‘ombak besar’ dan ‘puting’ beliung itu berlaku antara pukul 7.30 hingga 8 pagi. Ia menjadi viral di media sosial.

Ada pengguna media itu menzahirkan rasa gerun dengan fenomena itu.

Menurut Ketua Kampung Chui Chak, Yeap Lai Hock, ketika kejadian beliau dan beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedang bergotong-royong membersihkan dewan kampung itu.

“Saya dan kawan-kawan rasa sangat teruja dan terus menangkap gambar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Menurut Yap, tidak lama selepas itu, langit terus berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya hampir satu jam.

Beliau berkata, sepanjang 54 tahun tinggal di Langkap beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu sebelumnya.

Rasimah Mohd Syad, 50, pula berkata beliau tidak pernah melihat kejadian seumpama itu seumur hidupnya.

“Ketika kejadian saya berada di Pasar Awam Langkap.

“Saya cukup teruja dengan tanda-tanda kebesaran Ilahi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: awan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awan Kelantan Sedih Kejadian Ibu Muda Hamil Maut Ditembak

06/06/2022
0

KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan menzahirkan rasa dukacita, kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya kejadian seorang ibu hamil...

Rasa Bertuah Lihat Kalimah Allah Di Langit

23/04/2021
0

KUALA TERENGGANU - "Berasa sangat bertuah kerana dipilih untuk melihat kalimah di langit dan saya terus berdoa," kata Mohd Nor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd