• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kendurian’ Punca Raja Buah Dapat Permintaan Tinggi

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Fenomena kenduri durian atau ‘kendurian’ menjadi antara faktor penyumbang kepada permintaan yang tinggi terhadap raja buah itu di pasaran pada musim kali ini.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata kebanyakan permintaan adalah daripada badan korporat, jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta dan komuniti yang mengadakan program makan durian untuk kakitangan, pelanggan dan rakan mereka.

“Berikutan sambutan yang menggalakkan ini, FAMA menyasarkan untuk mempertingkatkan pengeluaran daripada 350,000 metrik tan kepada 400,000 metrik tan tahun depan bagi menampung permintaan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kelab MyAgrosis Muamalat Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dan Pasar Malam My Best Buy di sini.

Katanya, antara usaha yang dilakukan untuk meningkatkan hasil berkenaan dengan cara membuat cantuman pokok-pokok dewasa yang boleh menghasilkan buah dalam tempoh yang singkat berbanding penanaman biasa yang mengambil masa lapan hingga 10 tahun.

Ahmad berkata permintaan yang tinggi itu juga turut disumbang melalui kemunculan beberapa produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang dihasilkan berasaskan durian.

Malah, katanya, terdapat hotel-hotel yang menyediakan hidangan durian untuk dinikmati oleh tetamu mereka walaupun durian sebelum ini antara buah yang dilarang keras dibawa masuk ke dalam kawasan atau bilik hotel.

Beliau berkata perkara itu dilihat sebagai satu fenomena yang baik yang secara langsung dapat mempromosi buah-buahan tempatan, serta meningkatkan pendapatan pengusaha berkaitan.

Menurutnya pasaran raja buah itu juga telah berkembang ke negara China yang menjadi negara pengimport utama sejak 2011. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd