• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah Enggan Sertai Parti Tun M, Masih Setia UMNO

oleh
25/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan bahawa beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) kerana masih lagi merupakan ahli UMNO.

Bekas menteri Kabinet itu malah berkata, setakat ini beliau juga tidak pernah didekati oleh mana-mana pihak untuk mengajaknya berpaling tadah dengan menyertai parti baharu tersebut yang kebetulan diasaskan oleh mantan bosnya sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bahkan, kata bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Ketua Wanita UMNO Malaysia itu, beliau juga tidak tahu-menahu mengenai senarai nama termasuk dirinya konon bendahari ahli jawatankuasa penaja Pribumi kerana kebetulan sibuk berada di luar negara waktu itu.

“Saya tidak ada kisah pun dengan parti baharu dan tidak terlibat. Saya masih UMNO. Ada senarai nama (Pribumi) pada masa itu, tetapi saya tidak kisah kerana berada di luar negara,” kata Rafidah ketika ditemui pemberita di Hotel Royale Chulan, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Persatuan Wanita Rantau Pasifik dan Asia Tenggara (PPSEAWA) Kali Ke-26 yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 pada Khamis.

Berkenan berangkat mencemar duli ke persidangan yang dihadiri lebih 200 delegasi dari 12 buah negara itu ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Azlan Shah. Turut hadir ialah Presiden PPSEAWA Antarabangsa, Teresa Hintzke.

senarai nama

Rafidah yang dianggap rapat dengan Mahathir ‘mencuri’ tumpuan penganalisis politik tanah air apabila namanya muncul dalam senarai ahli jawatankuasa penaja Pribumi selain beberapa individu profil tinggi lain konon sebagai perintis Majlis Tertinggi parti itu.

Penafian beliau yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X sejak 2011 itu, sekali gus memberi ‘tamparan’ hebat kepada Pribumi apabila selama ini sering mencanangkan ramai tokoh UMNO bakal menyertai parti baharu tersebut.

Paling mengejutkan banyak pihak apabila ‘orang kuat’ Mahathir sendiri, Khairuddin Abu Hassan yang konon bakal setiausaha agung parti itu selain bekas menteri, Zaid Ibrahim dan Abdul Wahid Omar juga menafikan mereka pernah berhasrat menjadi ahli Pribumi.

Turut menyangkal diri mereka ahli parti siasah ciptaan Mahathir yang menggunakan lambang ciplak rangkaian klinik botoks tempatan itu ialah bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan mantan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd. Fairuz Khairuddin.

Baru-baru ini Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendedahkan taktik jahat pihak tertentu sanggup menawarkan pemimpin sayap tersebut sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang susulan parti itu amat kekurangan ahli. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PribumiRafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan...

Rafidah Aziz Dianugerah Ijazah Kehormat Dalam Pentadbiran Perniagaan

14/12/2018
0

CYBERJAYA - Fakulti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) hari ini menganugerah Ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan kepada Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd