• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hodak Mahu Anak Buah Awasi Penyerang Duo Pahang

oleh Ahmad Albab
01/11/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak mahu pemain pertahanannya mengawasi barisan serangan Pahang apabila kedua-dua pasukan bertemu di final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur malam esok.

Jurulatih berumur 43 tahun dari Croatia ini berkata penyerang skuad Tok Gajah iaitu Dickson Nwakaeme dari Nigeria dan Matias Conti dari Argentina mampu menjaringkan gol sekiranya pemain JDT cuai dalam mengawasi kedua-dua penyerang itu.

“Pahang agak kuat dalam bahagian serangan. Selain dua penyerang itu, kedua-dua pemain sayap mereka R. Gopinathan dan ‘Alex’ (Azamuddin Mohd Akil) perlu diawasi esok,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan pengurus pasukan di venue pertandingan hari ini.

Hodak berkata pemain Harimau Selatan akan berhabis-habisan untuk merangkul kejuaraan selepas merangkul juara Liga Super musim ini.

“Bagi saya, menang satu trofi lebih tertekan daripada tanpa memenangi sebarang trofi. Apabila bermain dalam keadaan tertekan, amat mudah membuat kesilapan. Namun setakat ini saya gembira anak-anak buah saya bermain baik sama ada di pusingan awal atau peringkat kalah-mati,” katanya dan menambah beliau sudah mempunyai nama kesebelasan utama dalam fikirannya untuk pertandingan esok.

Kapten skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim pula berkata beliau akan mengetepikan seketika erti persahabatan dengan kapten skuad Pahang, Mohd Razman Roslan bagi memastikan pasukan selatan tanah air itu mampu melakar kemenangan.

Sebagai rekod, kedua-dua pemain berkenaan pernah beraksi bersama Selangor pada final Piala Malaysia 2008 namun kalah 2-3 kepada Kedah pada aksi di Stadium Shah Alam.

“Kita harus buat kerja masing-masing. Dalam padang, kita lupakan seketika soal persahabatan. Kita mempunyai sasaran peribadi tertentu untuk pasukan masing-masing, jadi saya harap kami sebagai pemain dapat persembahkan aksi terbaik,” kata bekas kapten skuad Harimau Malaya itu.

Beliau menggantikan Aidil Zafuan Abd Radzak yang terlepas aksi final selepas menerima dua kad kuning pada perlawanan separuh akhir menentang Felda United FC.

Dalam pada itu, pengendali pasukan Pahang, Zainal Abidin Hassan yakin para pemain skuad Tok Gajah akan menyajikan persembahan terbaik walaupun mengakui wujud tekanan untuk bergelar juara buat kali kedua berturut-turut.

“Beberapa pemain sudah bermain di perlawanan akhir tahun lepas, jadi tiada masalah untuk mereka bermain dengan baik. Cuma apa yang saya harapkan, mereka (para pemain) berikan segala-galanya.

“Bagi saya, tiap-tiap pemain ada tugas yang harus dijalankan. Untuk pasukan Pahang, kerjasama di atas padang lebih penting,” kata Zainal.

Mohd Razman pula berharap dapat membantu Pahang mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut walaupun terdapat laporan bahawa beberapa pemain skuad Tok Gajah bakal berhijrah ke pasukan lain musim depan.

“Bagi saya, perkara itu tidak begitu mengganggu persiapan kami. Sikap profesional itu penting. Fokus kami adalah sehingga masing-masing habis kontrak dengan pasukan.

“Mungkin Piala Malaysia ini adalah aksi terakhir kami bersama pasukan Pahang, namun kami akan berikan persembahan terbaik bagi memastikan Piala Malaysia kekal di tangan kami,” katanya yang beraksi di posisi pertahanan.

JDT layak ke final Piala Malaysia selepas menang agregat 6-5 ke atas Felda United FC manakala Pahang yang merupakan juara bertahan, mara hasil kemenangan agregat 6-3 ke atas Kedah pada aksi separuh akhir. – BERNAMA

Tags: Bojan HodakPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd