• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kanan Jabatan Kerajaan Di Melaka Dibebas

oleh Ahmad Albab
25/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pegawai kanan jabatan kerajaan di Melaka bergelar ‘Datuk’ yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah, dibebas dengan jaminan RM300,000 tanpa cagaran oleh seorang penjamin hari ini.

Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili pegawai itu berkata siasatan kes itu sedang berjalan dan anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, pegawai berusia 56 tahun itu yang memakai kemeja-T berwarna hitam tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini dibawa pegawai SPRM pada 9 pagi, dan dibawa keluar dari kompleks itu kira-kira 30 minit kemudian selepas prosedur jaminan itu selesai.

Penolong Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi membenarkan jaminan tersebut.

Pegawai itu ditahan pada 15 Ogos lepas sebelum dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula 16 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan kemudian disambung reman selama tiga hari yang tamat hari ini.

Pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam – dua daripadanya masing-masing bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ – ditahan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan bagi membantu siasatan kes rasuah, salah guna kuasa serta pengubahan wang haram. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd