• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misha Omar Selamat Lahirkan Anak Sulung

oleh AK-47
25/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada pelantun lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya kira-kira pukul 10.20 malam tadi.

Misha Omar melahirkan bayi lelaki seberat 2.05 kilogram itu secara normal di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Menurut Misha, dia melahirkan anaknya itu tiga minggu awal daripada tarikh jangkaan apabila mengalami pendarahan selepas selesai penggambaran muzik video lagu duet terbaharunya bersama Adibah Noor, Jiwa Sentuh Jiwa.

Misha-Omar-Firos

 “Saya bagaikan tidak percaya apabila doktor memberitahu sudah tiba masa untuk melahirkan, sedangkan sebelum ini saya dijangka menimang cahaya mata pada pertengahan bulan depan.

“Alhamdulillah dalam suasana panik itu, semua urusan dipermudahkan dan saya selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 10.20 malam.

“Saya bersyukur kerana kebetulan suami, Firros Ezzwan Rosly pulang bercuti dan bergegas ke hospital untuk bersama saya ketika menempuh detik menguji itu,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, penyanyi ini memberitahu dia masih belum memberi nama kepada anaknya lagi.

Misha dalam pada itu memohon diberikan ruang untuk memberikan tumpuan kepada anaknya yang dilahirkan pra-matang.

Misha dan Firroz bergelar suami isteri pada 2 Mei 2014.

Terdahulu, pasangan ini turut memiliki dua anak angkat bernama Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Misha Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syafinaz ‘Penyelamat’ Vokal Misha

21/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Akur suara adalah aset utama yang menentukan jangka hayatnya sebagai penyanyi, Misha Omar, nekad berguru dengan pensyarah...

Jadi Komposer, Imran Idam Misha Nyanyi Lagunya

07/03/2018
0

SELEPAS mendapat taraf penduduk tetap Malaysia, penyanyi Imran Ajmain kini menyimpan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu buat penyanyi berbakat besar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd