• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena Serangan Jantung, Hajat Hadiri FFM Terpaksa Dibatalkan

oleh AK-47
01/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pengarah terkenal, Mohamad Bin Mohd Khalid,51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya awal pagi semalam kerana serangan jantung.

Bagaimana pun selepas menerima rawatan, keadaan Mamat yang dirawat di Unit Jagaan Koronari (CCU) kini dilaporkan stabil.

Anak perempuan Mamat, Nor Sara Mohamad, 23, memaklumkan Mynewshub bahawa doktor mendapati saluran arteri bapanya tersumbat menyebabkan sakit di bahagian dada.

Doktor turut memaklumkan, serangan jantung ini boleh terjadi disebabkan stres.

“Ketika serangan jantung pagi tadi tekanan darah papa mencatat bacaan 180 namun Alhamdulillah kini kembali stabil kepada 110,” ujarnya.

Susulan itu bapanya akan menjalani angioplasti, prosedur untuk mengembangkan kawasan arteri yang tersumbat di Ipoh selepas ini.

Ditanya sama ada Mamat mempunyai sejarah serangan jantung, Sara menyatakan ini adalah kali kedua dalam tempoh tiga bulan.

“Papa diserang sakit jantung buat pertama kali pada Julai lalu, seminggu sebelum puasa,” katanya.

Dalam pada itu Sara menafikan khabar kononnya Mamat Khalid kini berada dalam keadaan tenat sebaliknya memaklumkan, keadaan bapanya sudah kembali stabil namun beliau akan berehat daripada sebarang aktiviti selama dua minggu.

Khabar angin tersebut katanya, adalah tidak sensitif dan menyedihkan ibunya.

Mamat dan keluarga kini berada di Kuala Lumpur sempena Festival Filem Malaysia (FFM26) yang bakal berlangsung di Seremban malam ini namun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan membuat perancangan ini terpaksa dibatalkan.

Rock Oo Official Poster

Filem arahan Mamat, Rock Ooo tercalon dalam banyak kategori untuk FFM26 antaranya Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pereka Kostum / Busana Terbaik.

Justeru, pelakon Pekin Ibrahim dan anak lelaki Mamat Khalid akan mewakili beliau malam ini. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

Tags: FFM26Mamat Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Galeri Seni Ilham Mamat Khalid Bakal Direalisasikan Di Ipoh

29/10/2021
0

TAPAH - Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)...

Mamat Khalid Meninggal Dunia

25/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 pagi tadi. Khabar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd