• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Motosikal Dilanggar Pemandu Kereta Adun

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang warga emas maut selepas motosikalnya dipercayai dilanggar kereta yang dipandu oleh pemandu seorang Anggota Dewan Undangan Negeri dekat Batu Pahat semalam.

Kemalangan berlaku di Kilometer 142, Jalan Johor Baharu-Melaka, Parit Sempadan Semerah dekat Batu Pahat kira-kira 6.40 petang yang mengakibatkan Hasnan Ganon, 72, dari Kampung Parit Sempadan, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kejadian itu berlaku ketika Hasnan yang menunggang motosikal jenis Yamaha SS sedang dari arah Batu Pahat menghala ke Semerah.

Menurut laporan awal, Hasnan berhenti untuk membelok ke kanan simpang jalan apabila sebuah kereta jenis BMW X5 dari arah yang sama terlanggar motosikalnya.

“Pemandu berumur 39 tahun itu melanggar belakang motosikal Hasnan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Wahib berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk bedah siasat.

Beliau berkata polis menahan sementara pemandu lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik itu bagi membantu siasatan dan kemudian dibebaskan.

Katanya, ketika kejadian, pemandu itu hanya berseorangan tanpa ADUN itu di dalam kereta berkenaan.

Polis, katanya, sedang menyiasat lebih lanjut mengenai kemalangan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd