• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: 31 Jenazah Mangsa Nahas Dibawa Pulang Setakat Ini

oleh AK-47
02/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepulangan tujuh jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 31 jenazah warga tempatan pulang ke tanah air setelah tragedi itu memasuki hari ke-48.

Hanya satu jenazah yang telah dikenal pasti belum dibawa pulang lagi setakat ini berikutan proses pengurusan jenazah belum selesai.

Sejumlah 43 warga Malaysia adalah antara 298 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Berikut senarai jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang secara berperingkat-peringkat.

Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 2 September

1. Kapten Wan Amran Wan Hussin, 50, (L) (Juruterbang) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

2. Kapten Eugene Choo Jin Leong (L) (Juruterbang) abu mayat disimpan selama tiga hari di kediamannya di Sri Carcosa, Seremban 2, sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.

3. Sanjid Singh Sandhu, 41, (L) (Kru kabin MH17) abu mayatnya dibawa ke kediaman mentuanya di Taman Skyline, Jalan Klang Lama, di sini, sebelum diterbangkan ke kediaman keluarganya di Taman Kampung Selamat Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk disemadikan esok (3 September).

4. Muhd Firdaus Abdul Rahim (L) (Pegawai Pertama MH17) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Daerah Hilir Perak, Teluk Intan, Perak.

5. Subashni J.Retnam (P) (Penumpang) abu mayatnya disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.

6. Kaelamayajay Goes, 21 bulan (P) (Penumpang) abu mayatnya disimpan seketika di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.

7. Loh Yan Hwa (P) (Penumpang) abu mayatnya disemadikan di Dewan Peringatan Kek Lok Si, Air Itam, Pulau Pinang.

Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 22 Ogos

Anak kapal

1. Mastura Mustafa (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Negeri Sembilan.

2. Ahmad Hakimi Hanapi (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

3. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak, Taman Batu Muda, Gombak.

4. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya.

5. Dora Shahila Kassim (Ketua Pramugari MAS) (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di Damansara, Kuala Lumpur.

6. Lee Hui Pin (P) disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan.

7. Angeline Premila Rajandaran (P) (tempat pengebumian dirahsiakan keluarga)

8. Chong Yee Pheng (P) disemadikan di Paradise Memorial Park, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan, Perak.

9. Azrina Yakob (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah, Assam Kumbang, Taiping, Perak.

Penumpang

10. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Ihtidaiyah (Lama), Tambun, Ipoh, Perak.

11. Muhammad Afif Tambi (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

12. Ariza Ghazalee (P) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

13. Hasni Hardi Parlan (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas Segamat, Johor.

14. Mohd Ali Md Salim (L) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Muar, Johor.

15. Foo Ming Lee (L) upacara keagamaan selama dua hari di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi manakala upacara pembakaran jenazah dilaksanakan di Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

16. Karamjit Singh Karnail Singh (L). Abu mayatnya ditabur di laut Pelabuhan Klang.

17. Ng Qing Zheng (L). Mayatnya disimpan selama satu malam di Taman Peringatan Nirvana, Sg Besi sebelum dibawa ke kediamannya di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

18. Mabel Anthony Samy (P). Mayatnya disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi sebelum dibawa pulang ke kediaman di Bangsar.

19. Paul Rajasingam Sivagnanam (L). Mayatnya disimpan di Taman Peringatan Nirvana, Sungai Besi sebelum dibawa pulang ke kediaman di Bangsar.

20. Elisabeth Ng Lyeti (P). Abu mayatnya disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras.

Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 23 Ogos 2014

1. (Tidak didedahkan)

Senarai nama mangsa yang dibawa pulang pada 24 Ogos 2014

1. Mohd Ghafar Abu Bakar (L) (Penyelia penerbangan kabin MAS) dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang Satu, Taman Kosas, Ampang.

2. Ng Shi Ing (P) (Penumpang). Abu mayatnya disimpan di Pusat Xiao En Bereavement di Jalan Kuari, Cheras sehingga jenazah anaknya, Benjamin Lee Jian Han yang berumur satu tahun dibawa pulang ke tanah air.

3. (Tidak didedahkan)

– BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd