• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Dipercayai Diculik Di Lembah Keramat

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan dipercayai diculik dua lelaki di persimpangan Jalan AU 5C/7, Taman Lembah Keramat di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata, remaja berumur lingkungan 15 tahun itu yang memakai seluar jeans dan bertudung merah dikatakan ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua berwarna putih.

Beliau berkata, pihak polis menerima laporan kejadian itu daripada penduduk setempat yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Kita masih menyiasat kejadian ini sama ada ia bermotifkan culik atau sebaliknya. Ini kerana kita belum terima sebarang laporan mengenai kehilangan ahli keluarga dari mana-mana pihak,” katanya.

Remaja Perempuan Dipercayai Diculik Di Lembah Keramat
PEGAWAI polis meninjau dan melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Seorang penduduk Samsiah Osman, 74, beliau sedang membersihkan halaman rumahnya apabila terdengar jeritan seorang remaja perempuan meminta tolong.

“Waktu itu saya berada di halaman rumah saya apabila sebuah kereta putih dipercayai jenis Produa Myvi atau Viva berhenti secara tiba-tiba di tepi rumah saya.

“Selepas itu tiba-tiba saya dengar seorang budak perempuan berumur lingkungan 15 tahun yang memakai tudung merah menjerit meminta tolong apabila dia ditarik masuk ke bahagian tempat duduk belakang kereta itu oleh seorang lelaki,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata terdapat dua lelaki di dalam kereta itu termasuk pemandunya.

“Apabila saya hendak keluar untuk melihat dengan lebih jelas, kereta warna putih itu telah memecut laju,” kata Samsiah.

Seorang lagi penduduk Othman Mohamad, 32, berkata kereta itu dipercayai masuk ke kawasan taman berkenaan melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Kereta itu berkemungkinan datang dari arah MRR2 kerana tempat kejadian berhampiran dengan jalan utama dan kereka itu menuju ke arah lorong kawasan perumahan di situ.”

Katanya jalan di kawasan itu agak lengang dan sunyi kerana kebanyakan penduduk keluar bekerja. – BERNAMA

Tags: kes culikremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd