• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Guna Teknologi Bantu Maksima Penggunaan Anggota

oleh Ahmad Albab
24/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutamaan dalam penggunaan inisiatif berteknologi bagi memantau dan mencegah jenayah dalam usaha membantu memaksimakan penggunaan anggota.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata penggunaan sistem dan alatan teknologi seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan alat kawalan jauh atau drone tidak memerlukan ramai anggota polis.

“Selain melihat jumlah pegawai dan anggota, kami turut fokus untuk menggunakan lebih banyak teknologi yang ada sebagai contoh CCTV untuk memantau jenayah dari satu tempat ke tempat lain serta bertindak apabila melihat sesuatu kejadian.

“Dalam tahun ini juga polis akan menggunakan drone yang membolehkan kami memantau di kawasan lebih besar dan pada masa sama mampu menjimatkan kos…anggota kami juga tidak semestinya akan membuat rondaan sepanjang masa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam dan Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2016 di Kontijen Pulau Pinang, di sini malam tadi.

Beliau berkata berdasarkan statistik, kekuatan PDRM pada ketika ini ialah 130,000 anggota termasuk pegawai dan jumlah itu akan ditambah dalam beberapa tahun akan datang bagi mencapai 150,000 keanggotaan seperti dipersetujui pihak kerajaan.

“Standard piawaian Interpol meletakkan nisbah polis dan rakyat 1:250 dan setakat ini kita belum capainya lagi,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata PDRM juga berhasrat mengembalikan kegemilangan sukan dalam agensi itu dengan mewujudkan pusat- pusat kecemerlangan sukan di pusat latihan polis terpilih di seluruh negara pada masa depan.

Beliau berkata selain itu, pengambilan rekrut berpangkat konstabel dan inspektor yang cemerlang dalam sukan di peringkat sekolah atau universiti juga akan diberi keutamaan dalam pengambilan selepas ini.

“Malah baru-baru ini kami sudah pun mengambil kira-kira 100 anggota dan pegawai yang cemerlang dalam sukan diceburi mereka untuk menyertai PDRM.

Semangat kesukanan yang tinggi dapat melatih para atlet mempunyai minda yang terbuka dan sanggup menerima dan memberi respons dalam pelbagai situasi,” katanya.

Zulkifli berkata pada masa ini seramai 33 pegawai dan anggota PDRM mewakili negara di peringkat antarabangsa manakala hampir 1,000 terlibat secara aktif dalam sukan. – BERNAMA

Tags: anggota polisPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd