• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah: Ada Hubungkait Kes Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya wujud kaitan antara tiga penjawat awam yang ditahan baru-baru ini dalam siasatan suruhanjaya itu di Kelantan.

Tiga penjawat awam itu disambung reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram, menurut Pengarah SPRM Datuk Azam Baki.

“Tempoh reman mereka disambungkan bagi membantu siasatan. Setakat ini, sebanyak 13 individu sudah membantu siasatan.

Enam lagi individu masih dikesan,” katanya sambil menambah mungkin keenam-enam orang itu akan memberi keterangan esok atau lusa.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lanjut apakah kes yang ketiga-tiga individu berkenaan terbabit.

Isnin lepas, SPRM menahan tiga penjawat awam termasuk yang bergelar ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’.

Mereka bertiga masing-masing berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), ditahan di di ibu negara, Melaka dan Kelantan.

Susulan penahanan tersebut, akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta dibekukan, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang.

Turut disita beberapa unit kondominium mewah termasuk unit penthouse dan rumah banglo serta kenderaan mewah antaranya Maserati, BMW dan Audi yang dipercayai hasil rasuah dan pengubahan wang haram. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd