• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Space Pod’ Antara Tarikan Terbaharu Planetarium Negara

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Planetarium Negara kini menawarkan tarikan terbaharu ‘Space Pod’, iaitu kapal angkasa simulasi yang memberi situasi seumpama berada di angkasa lepas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau berkata elemen baharu itu menawarkan peluang kepada pengunjung terutama pelajar sekolah mengalami dan memahami secara lebih mendalam mengenai angkasa menerusi penerangan audio visual.

“Space Pod merupakan antara pembaharuan dan pengubahsuaian yang dilakukan di Planetarium Negara bertujuan menarik lebih ramai pengunjung dan pelajar sekolah.

“Kementerian menyasarkan kedatangan 180,000 pengunjung setahun berbanding 150,000 setahun sekarang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan pameran baharu ‘Frontier of Space Exploration’ di planetarium itu, di sini hari ini.

Madius berkata kos pembaharuan dan pengubahsuaian galeri pameran itu menelan belanja kira-kira RM5 juta.

Selain Space Pod, ia turut menonjolkan tarikan seperti batu meteor, planet terapung serta fenomena langit bercahaya dikenali sebagai aurora yang lazim dilihat di Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Setakat ini, tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung yang menaiki Space Pod sehingga Oktober ini. – BERNAMA

Tags: Planetarium
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Planetarium Melaka Baharu Dibina Kos RM200 Juta

21/11/2018
0

MELAKA – Bangunan baharu Planetarium Melaka berkonsepkan 'Galaxy World Melaka' akan dibina dengan kos RM200 juta kerana bangunan sedia ada...

Siling Ruang Pameran Runtuh Di Planetarium Melaka

21/11/2018
0

MELAKA - Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd