• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Saudara Sihat, Mesej Najib Kepada Lee

oleh Ahmad Albab
23/08/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Saya mendapat berita saudara kurang sihat. Saya berharap saudara tidak apa-apa. Semoga segera pulih,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melalui akaun Twitter lewat malam tadi.

“Terima kasih atas doa saudara. Doktor beritahu saya, saya OK,” jawab Lee sekitar pukul 2 pagi.

Lee tiba-tiba kurang sihat semasa berucap pada Perhimpunan Hari Kebangsaan negara ini kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

Lee, 64, dijadual menamatkan ucapannya dalam Bahasa Inggeris pada pukul 10 malam selepas menyampaikan ucapan dalam versi Bahasa Melayu dan Mandarin pada pukul 6.45 petang.

Lee dapat menyambung ucapannya selepas berehat hampir satu jam dan menamatkannya kira-kira 15 minit kemudian.

Sebaik selepas menyampaikan ucapannya, Lee berangkat ke Hospital Besar Singapura untuk pemeriksaan.

Dalam ucapan Hari Kebangsaannya, Lee menyentuh mengenai hubungan Singapura dengan Malaysia dan Indonesia.

Lee menyifatkan kedua-dua negara sebagai dua rakan Singapura yang paling penting.

Bulan lepas, Lee berkata beliau berada di Putrajaya, Malaysia untuk menyaksikan penandatanganan memorandum persefahaman projek Kereta api Berkelajuan Tinggi antara Malaysia dan Singapura.

“PM Najib meraikan kami dengan jamuan tengah hari. Durian yang dihidang memang baik, tetapi Kereta api Berkelajuan Tinggi itu lebih baik…,” katanya ketika skrin besar di belakangnya menunjukkan gambar beliau dengan Najib. – BERNAMA

Tags: Lee Hsien LoongNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peningkatan Inflasi Masalah Paling Serius Buat Dunia

23/05/2022
0

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak diambil segera. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Perkara itu disampaikan...

PM Ismail Sabri Mulakan Lawatan Rasmi Ke Singapura

29/11/2021
0

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd