• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kaitkan Agong Dalam Isu Politik

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Majlis Kerabat Diraja Kedah kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1′ (MO1) yang disebut dalam laporan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Yang Dipertuanya, Syed Idrus Syed Baharom berkata pihaknya juga kesal dengan ahli politik itu kerana tidak membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

“Yang di-Pertuan Agong merupakan pemerintah negara dan bukannya pentadbir negara, jadi kenapa perlu libatkan baginda dalam isu berkaitan politik ini.

“Nak buat apa-apa kena siasat dahulu kerana ini melibatkan maruah Yang di-Pertuan Agong, jadi sekarang Nawawi perlu minta keampunan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong dan bukannya melalui media,” katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Anak Bukit di sini.

Beliau turut memberikan peringatan keras kepada semua pihak supaya tidak melibatkan Yang di-Pertuan Agong dalam sebarang isu berkaitan politik yang boleh menjatuhkan maruah institusi diraja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat dilaporkan berkata polis akan memanggil anggota Parlimen Langkawi itu berhubung kenyataannya Yang di-Pertuan Agong adalah MO1 yang disebut dalam laporan DOJ.

Nawawi bagaimanapun pada hari yang sama membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan berhubung komentarnya yang kononnya mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan DOJ, sambil menyatakan ia telah disalah tafsir. – mStar Online

Tags: Ahli ParlimenYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

UMNO Junjung Kasih Limpah Ihsan Yang Di-Pertuan Agong Perkenan Najib Jalani Tahanan Rumah

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana memperkenankan pengampunan bersyarat yang membolehkannya bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd