• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Donald Trump Sebenarnya Banyak Hutang

oleh Ahmad Albab
22/08/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Syarikat yang dimiliki Donald Trump berhutang kira-kira AS$650 juta (RM2.6 bilion), lebih separuh daripada yang difailkan pasukan kempennya, lapor akhbar New York Times, semalam.

Akhbar itu mengggunakan khidmat sebuah syarikat maklumat hartanah untuk menyelidiki data terhadap 30 syarikat yang ada hubungan dengan calon parti Republikan dalam pilihan raya Amerika Syarikat itu, termasuk pejabat dan padang golf.

Selain itu, sebahagian kekayaan Trump juga dikaitkan dengan tiga syarikat yang mempunyai hutang berjumlah AS$2 bilion (RM8 bilion) dengan beberapa peminjam.

Bilionair itu menggunakan rekod kejayaan hartanahnya yang didakwanya bernilai AS$10 bilion (RM40 bilion) dan berkata, kejayaannya itu menjadikan dia layak untuk menjadi presiden.

Dia bagaimanapun menolak desakan dan tekanan, termasuk daripada partinya sendiri supaya mendedahkan cukai pendapatannya dan siasatan itu menunjukkan betapa banyaknya perniagaan Trump masih misteri.

Antara peminjamnya ialah sebuah bank terbesar di China yang dituduh musuh ekonomi Amerika Syarikat dan bank pelaburan Golden Sachs, yang didakwa membantu pesaingnya, Hillary Clinton dari parti Demokrat.

Selaku presiden, menurut akhbar itu, Trump boleh membuat keputusan yang akan memberi pengaruh besar terhadap empayar perniagaannya. – Agensi/myMetro Online

Tags: Hutang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd