• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWP Nilai 3 Aspek Dalam Pemberian Tender

oleh Ahmad Albab
21/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) sentiasa memastikan dan menilai tiga aspek dalam pemberian tender iaitu bersifat telus, tidak mempunyai unsur rasuah serta projek dilaksanakan mengikut jangka waktu yang ditetapkan.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ketiga-tiga perkara itu sangat penting agar projek yang diberikan kepada kontraktor betul-betul layak dan projek dapat disiapkan pada tarikh ditetapkan tanpa mengalami sebarang kerugian.

Beliau mengulas lanjut berkenaan laporan media sebuah stesen TV berbayar yang menyatakan pemberian tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka.

Oleh itu, katanya kementerian sememangnya memberi tender secara terbuka berbanding tender secara terus.

“Kementerian saya semuanya buat tender terbuka melainkan kalau ia melibatkan kerja-kerja yang khusus (kepakaran tinggi)…dan kalau kami boleh dapat mengurangkan kos, kami akan buat tender terhad.

“Kadang-kadang tender terbuka bagi masalah…dia (pemaju) masuk dengan harga rendah tetapi akhirnya projek yang kami harapkan siap dalam jangka masa yang perlu disiapkan, tidak dapat disiapkan,” katanya.

Tengku Adnan berkata kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Alumni Pusat Perubatan Pertahanan Kebangsaan (NDMC) ke-10 di sini hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya juga sentiasa memastikan tidak berlaku ketirisan atau projek yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

“Saya minta supaya kementerian atau pegawai di semua agensi supaya pergi kepada sumber kerana murah…kalau kita beri kepada kontrak orang kedua, ketiga atau keempat ia lebih tinggi,” jelasnya.

Pada majlis sehari itu, kira-kira 100 pakar kesihatan dari Taiwan, Amerika Syarikat, Indonesia dan New Zealand berhimpun bagi berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan berkaitan isu kesihatan. – BERNAMA

Tags: TenderTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

Kontraktor Rugi RM108,000 Terpedaya Tawaran Tender Projek Tak Wujud

17/02/2026
0

BESUT: Seorang kontraktor rugi RM107,995 terpedaya dengan tawaran tender projek tidak wujud. Lelaki berusia 47 tahun itu membuat laporan polis...

Tender Projek Tebatan Banjir Serah Pada Persekutuan

Tender Projek Tebatan Banjir Serah Pada Persekutuan

24/12/2022
0

SHAH ALAM : Semua tender projek tebatan banjir yang akan dilaksanakan dalam negeri ini akan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd