• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu

oleh AK-47
20/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status perkahwinannya, personaliti TV3 Ally Iskandar akhirnya mengesahkan telah bercerai dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally Iskandar Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu

Menerusi satu kenyataan dalam laman Facebooknya, Ally, 40, memberitahu, lafaz cerai talak satu telah dibuat itu di hadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.

“Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin,” katanya.

Selain itu, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu turut memberitahu, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan kekeluargaan antara mereka masih kekal baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami.” tulisnya lagi.

Dalam kenyataan itu, Ally turut menyampai ucapan maafnya yang tidak memberi respons kepada pihak media yang menghubunginya selepas laporan mengenai perceraiannya itu hebat diperkatakan di laman sosial.

Ally mendirikan rumah tangga dengan Farahin pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

Berita penceraian pasangan ini sedikit sebanyak mengejutkan netizen kerana mereka berdua sering disifatkan sebagai ‘sweet couple’. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ally Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ally Tidak Serik Kahwin Lagi, Impi Kehidupan Ideal

07/06/2018
0

MELALUI episod duka dalam rumah tangganya bersama bekas isteri, Nurfarahin Romli; tidak membuatkan personaliti TV3, Ally Iskandar serik untuk berkahwin...

Ex-Wife Ally: “Bukan Tak Boleh Cari Ganti Lebih Hebat”

06/07/2017
0

KAMI suka betul skodeng Instagram milik bekas isteri pengacara Ally Iskandar dan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau Farah Lee....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd