• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesakit Diabetes Perlu Selalu Periksa Kaki Elak Amputasi

oleh Ahmad Albab
19/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesakit diabetes perlu selalu memeriksa kaki mereka bagi mengelak ia menjadi begitu teruk dan terpaksa dipotong, kata pendidik kanan diabetes Klinik Diabetes Institut Jantung Negara (IJN), Siah Guan Jian.

“Ia hanya perlu mengambil masa dua minit sehari untuk memeriksa kaki kita. Apa yang diperlukan hanyalah cermin, pencahayaan yang baik dan jika perlu orang lain untuk melakukannya bagi kita,” katanya.

Beliau berkata perlu dipastikan sama ada terdapat melecur, luka atau cedera pada kaki pesakit bagi mengelak ia daripada menular menjadi ulser kaki.

“Masalah ini boleh menyebabkan ulser kaki dan jangkitan dan jika teruk boleh mengakibatkan amputasi,” katanya pada forum bertajuk ‘Diabetes dan Kaki Anda’ di sini.

Siah berkata pesakit selalunya datang ke klinik diabetes IJN bagi membuat pemeriksaan kaki termasuk menjalankan ujian indeks ‘ankle brachial’ (ABI).

Klinik tersebut dibuka dari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Kami juga menumpukan usaha membantu pesakit memahami penyakit mereka dan membantu menyesuaikan kehidupan dan tingkah laku mereka agar memiliki kemahiran mengurus penyakit mereka di rumah,” katanya. – BERNAMA

Tags: diabetes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencegahan Pandemik Untuk Penghidap Diabetes & Obesiti

13/10/2021
0

Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19 dengan mendapatkan vaksin, mengamalkan langkah pencegahan jangkitan, dan penjagaan diri yang baik. Seorang wanita menghidap...

Kenapa Ramai Pesakit Diabetes Maut Akibat Covid-19?

22/04/2020
0

SEHINGGA hari ini jumlah kematian akibat Covid-19 adalah 157,970 orang seluruh dunia melibatkan ratusan negara di seluruh dunia (20 April 2020)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd