TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi terkenal Stacy yang kini dilaporkan sedang hamil anak pertama.
Berita gembira itu disahkan sendiri suaminya, Akim Ahmad yang juga vokalis kumpulan The Majistret menerusi laman Instagram-nya, malam tadi.
Akim berkongsikan berita gembira itu buat kali pertma kepada umum sempena hari jadi Stacy yang ke-26.

“Selamat ulang tahun kepada isteriku tercinta. Semoga menjadi isteri yang solehah dan taat kepada suaminya.
“Semoga di hari ulang tahun isteriku ini baik-baik dan sihat sentiasa, begitu juga isteriku. Amin. Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini,” tulisnya.
Pasangan kelahiran Akademi Fantasia (AF) ini diijab kabulkan pada 5 Februari lalu.
Stacy juga mempunyai seorang anak angkat yang diberi nama Bella. – MYNEWSHUB.CC