• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencapaian Peng Soon/Liu Ying Membanggakan

oleh Ahmad Albab
20/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia harus bangga dengan pencapaian beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang berjaya meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro malam tadi.

Walaupun misi memenangi pingat emas pertama negara tidak tercapai apabila mereka tewas kepada pasangan nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir 14-21, 12-21, namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong, ia adalah pencapaian yang cukup hebat.

“Mereka telah melakukan yang terbaik, kita harus rasa bangga dengan pingat perak yang mereka bawa pulang. Pasangan Indonesia bermain lebih baik daripada pasangan kita. Mereka tidak mudah melakukan kesalahan dan beri banyak tekanan kepada pasangan kita.

“Saya mengikuti banyak persembahan mereka di pertandingan antarabangsa dan memang saya akui persembahan beregu campuran dan lelaki (Goh V Shem/Tan Wee Kiong) di Rio adalah yang terbaik saya saksikan selama ini. Mereka betul-betul telah mencapai kemuncak prestasi di Rio, sedangkan kalau kita lihat pencapaian mereka sepanjang tahun tidak begitu baik,” katanya.

Zolkples, yang juga bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkata demikian selepas menyaksikan perlawanan itu pada ‘viewing party’ anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bersama lebih kurang 500 orang di Dataran Putrajaya di sini, lewat malam tadi.

Gandingan Peng Soon/Liu Ying menerima kekalahan kelapan dalam sembilan rekod pertemuan menentang pasangan Indonesia itu, yang merupakan bekas juara dunia 2013, selepas bertarung selama 45 minit di Pavilion 4, Riocentro, Brazil.

Dalam aksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, mereka turut tewas 15-21, 11-21 kepada gandingan Indonesia itu ketika aksi peringkat kumpulan pada Sabtu lepas.

Harapan meraih emas pertama negara di temasya sukan terbesar dunia itu kini disandarkan kepada beregu lelaki, V Shem/Wee Kiong yang akan dicabar pasangan nombor empat dunia, Fu Haifeng/Zhang Nan dari China pada final esok.

Begitu juga harapan diletakkan kepada jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei dijadualkan akan menentang musuh tradisinya, Lin Dan juga dari China pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki yang juga berlangsung esok. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd