• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 15 Suspek Kumpulan Curi Kereta

oleh Ahmad Albab
17/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis berjaya menyelesaikan kes curi kenderaan enam tahun lepas dengan tertangkapnya 15 suspek termasuk empat wanita daripada dua kumpulan yang mencuri kereta untuk ditukarkan dengan dadah selain terlibat dalam kegiatan pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hasan berkata kesemua warga tempatan berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan susulan tertangkapnya seorang suspek pecah rumah di Putrajaya sebelum ini.

“Tangkapan dilakukan sekitar Putrajaya, Selangor dan Kelantan dari 30 Julai sehingga 15 Ogos,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini hari ini.

Tanpa mendedahkan nama dua kumpulan terlibat, berikutan gerakan memburu saki-baki anggotanya sedang dijalankan, Rosly berkata mereka terlibat dalam 11 kes curi kereta di kawasan Putrajaya, Selangor dan Kelantan, enam tahun lepas.

Turut dirampas bersama 15 suspek berkenaan ialah 11 kenderaan, mesin pencetak cukai jalan palsu, cukai jalan palsu, geran kereta palsu, alat untuk memecahkan kenderaan dan 70 telefon bimbit yang kesemuanya bernilai lingkungan RM400,000, katanya.

Rosly berkata kedua-dua kumpulan itu turut dipercayai melakukan 10 kes pecah rumah di Putrajaya.

Kebanyakan daripada 15 suspek yang ditahan adalah positif dadah dan siasatan dijalankan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan dan 457 Kanun Keseksaan, katanya.

Mengenai kes samun kedai emas di Presint 15 pada Ahad lepas, Rosly berkata siasatan setakat ini menunjukkan perkembangan positif.

Kedai emas yang beroperasi kira-kira setahun lepas disamun sekumpulan tiga lelaki bersenjatakan tukul besi dan penyembur lada pada Ahad lepas sebelum mereka melarikan diri menaiki dengan Toyota Alphard putih.

Ia merupakan rompakan pertama membabitkan kedai emas di Putrajaya. – BERNAMA

Tags: curi keretakes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

Pernah Alami ‘Mu No Kyochi’? Pandu Kereta Tiba-Tiba Sudah Sampai, Tak Ingat Perjalanan

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pernah tiba di rumah selepas memandu dari tempat kerja tanpa mengingati perjalanan yang dilalui? Atau...

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

Berhati-Hati Beli Kereta Sambung Bayar…

09/01/2026
0

Berhati-hati beli kereta secara sambung-bayar terutama melalui Facebook. Malam semalam #YYCC melondehkan scammer sambung-bayar kereta yang telah menipu lebih dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd