• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengurus Didakwa Terima Deposit Tanpa Lesen

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sah, 10 tahun lalu.

Hoo Choon Cheat, 37, yang ketika itu seorang pengurus yang membantu dalam pengurusan syarikat Sunshine Empire Sdn. Bhd. didakwa menerima deposit daripada pendeposit-pendeposit tanpa lesen sah di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Lelaki itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Blok A-11-1 (Tingkat 13) Penthouse, Menara Uncang Emas, 85 Jalan Loke Yew, di sini, antara 14 Julai dan 17 Okt 2006 dan di Bangunan KUB.com, 12 Jalan Yap Kwan Seng, di sini antara 18 Okt 2006 dan 4 April 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) akta sama dibaca bersama Seksyen 106(1) akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Bank Negara, Alvin Ong Heng Kiat menawarkan wang jaminan RM1 juta dengan dua orang penjamin warga tempatan bagi kedua-dua pertuduhan serta dikenakan syarat menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Nur Lisa Ahmad Zamani yang mewakili Hoo memohon mahkamah mengurangkan jaminan terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim Azman Ahmad membenarkan Hoo diikat jamin RM2 juta bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia serta pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melapor diri di balai polis minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes.

Pada 30 Julai 2010, Hoo dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Daerah Singapura atas pertuduhan menjalankan kegiatan perniagaan secara penipuan dan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen yang sah mengikut Seksyen 340 Akta Syarikat Singapura dan pecah amanah jenayah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan Singapura.

Pada 3 Jun 2010, Sunshine Empire didenda RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 kerana menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen yang sah. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd