• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Tangki Dirampas Lanun Dibawa Ke Batam

oleh
18/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kapal tangki milik syarikat antarabangsa yang membawa 900,000 liter diesel dilaporkan telah dirampas dan dibawa ke perairan Indonesia.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan menyebut bahawa kapal tersebut, ‘Vier Harmoni’ bagaimanapun telah dikesan berada di perairan wilayah Batam, Indonesia dekat Singapura.

Menurut APMM, identiti perampas terbabit masih lagi belum dikenal pasti namun laporan lain menyatakan bahawa kapal yang baharu dibina pada 2014 itu memasang bendera rasmi Indonesia.

Dibina firma DS Shipyard Engineering di utara China, kapal tangki itu dimiliki syarikat pengangkutan maritim terkenal Vierlines Asia Group di Jakarta, Indonesia selain mempunyai pejabat di sini.

Syarikat global berkenaan yang diasaskan oleh pemiliknya seorang usahawan warga Indonesia, Vier Abdul Jamal Abdullah pada 2010 lalu dengan nilai pelaburan AS$15.7 bilion (kira-kira RM63 bilion).

Kapal Vier Harmoni sepanjang 53 meter tersebut dikatakan belayar dari pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor pada Isnin membawa muatan diesel dengan nilai anggaran sebanyak RM1.57 juta.

Dalam pada itu, ketua APMM, Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar menerusi kicauan akaun sosial Twitternya memberitahu bahawa rampasan tersebut dipercayai berlaku di perairan pelabuhan Kuantan, Pahang.

Siasatan awal ujar beliau mendapati ia berjaya dilarikan ke Batam dan hilang atas sebab dalaman namun APMM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa negara jiran untuk menjejaki kapal itu.

“Siasatan awal menunjukkan kapal dilarikan atas sebab masalah dalaman. Siasatan lanjut sedang dilaksanakan,” kata Ahmad Puzi yang mengesahkan APMM sudah melancarkan siasatan berhubung kes kehilangan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd