• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Taman Safari Jepun Maut Diserang Beruang

oleh AK-47
17/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Seorang pekerja taman safari di Jepun mati selepas diserang seekor beruang yang memanjat keretanya.

Beruang hitam Asia itu dilihat memanjat ke dalam kenderaan kecil milik Kiyomi Saito di Taman Safari Gunma, di barat laut Tokyo dan menyerangnya, kata jurucakap polis tempatan.

Menurut laman ABC Australia, Saito, 46, cedera di bahagian kiri dada dan perut. Dia dikejarkan ke hospital sebelum mendiang disahkan meninggal dunia, jelas jurucakap itu.

Pekerja Taman Safari Jepun Maut Diserang Beruang

Pekerja Taman Safari Jepun Maut Diserang Beruang
Kereta yang dinaiki Saito sewaktu diserang.

“Butiran lanjut berkaitan kejadian itu belum dapat dipastikan bagaimana beruang berusia lima tahun seberat 160 kilogram itu masuk ke dalam kereta,” katanya kepada AFP.

Bagaimanapun, menurut salah seorang pekerja taman itu, Yusuke Yamazaki: “taman safari itu di bawah siasatan pihak polis dan tiada maklumat terperinci yang boleh disahkan ketika ini.”

Satu siri serangan beruang liar menggemparkan Jepun awal tahun ini apabila empat terbunuh di utara negara itu dalam kejadian berasingan pada Mei dan Jun.

Pada tahun 2012, beberapa ekor beruang melarikan diri dari taman beruang Hachimantai yang terletak di utara wilayah Akita dan kebanyakan dari mereka adalah beruang coklat.

Dalam kejadian itu, dua pekerja wanita yang bertugas di taman berkenaan ditemui mati. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BERUANGTokyo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

Serangan Beruang Di Hangzhou Safari Park:

08/12/2025
0

Penjaga Selamat, Punca Didakwa Berkait 'Food Drive’ HANGZHOU – Rakaman video selama 46 saat yang tular di media sosial memaparkan...

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd