• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

” Penerbangan Kami Bersama Kali Ini Sangat Berbeza “

oleh AK-47
03/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Juruterbang Malaysia Airlines Kapten Azlan Aboo Bakar dan mendiang Kapten Eugene Choo Jin Leong sering berganding, terbang ke luar negara bersama.

“Kali ini kami masih terbang bersama tapi dalam keadaan yang sangat berbeza,” katanya selepas membawa pulang sembilan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam termasuk dua rakan sejawatannya, Choo dan Kapten Wan Amran Wan Hussin.

Azlan merasakan penerbangan pesawat MH19 selama 12 jam 14 minit itu seolah-olah ‘kosong’, sangat berlainan sekali rasanya, dan perasaan itu akan kekal dalam lipatan memori hidupnya.

“Amat dahsyat rasanya untuk menghadapi saat ini…

“Sebelum itu kami berdua (saya dan Choo) kerap berganding terbang bersama ke luar negara dan kali ini terasa sangat ‘kosong’ dan sunyi kerana terbang dengan membawa abu mayatnya pulang (ke tanah air),” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Azlan berkata hubungan rapat beliau dan mendiang adalah lebih daripada seorang abang dan adik kerana mereka ‘membesar’ bersama-sama dalam MAS.

“Saya dan mendiang kerap merancang percutian keluarga serta banyak menghabiskan masa terluang di luar waktu kerja bersama-sama. Terlalu banyak kenangan selama 24 tahun perkenalan kami, saya berasa kehilangan dan tentunya ini juga kehilangan yang sangat besar buat MAS,” katanya.

“Mendiang seorang yang sangat komited dengan tugas, beliau sangat disayangi dan disenangi oleh semua rakan, tiada seorang pun yang pernah mempunyai masalah semasa bertugas dengan beliau,” jelas Azlan.

Beliau berkata mendiang Choo juga merupakan seorang juruterbang yang berpengalaman hampir 20 tahun berkhidmat dengan MAS dan merupakan antara tenaga pengajar di Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) sejak lima tahun lalu.

Berkongsi kenangan, Kapten Azlan berkata mendiang seorang yang ceria, penuh humor, bapa dan suami yang penyayang serta meminati aktiviti lasak terutama sukan bermotor.

“Dua hari sebelum berlepas ke Amsterdam, beliau (Choo) ada datang ke rumah saya dengan aksi yang sungguh gembira untuk menunjukkan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang baru sahaja dibelinya. Itulah pertemuan terakhir kami,” kata Azlan.

Sejurus selepas pesawat komersial MH19 Boeing 777 dari Amsterdam tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8.25 pagi tadi, Azlan terus mengiringi abu mayat rakannya Choo pulang ke kediaman di Sri Carcosa dekat sini untuk memberi penghormatan terakhir.

Mendiang meninggalkan seorang isteri Ivy Loi 42, dan dua orang anak lelaki Melvic Choo, 13, dan Scott Choo, 10.

Abu mayat Choo akan disimpan selama tiga hari bagi memberi peluang keluarga dan rakan membuat penghormatan terakhir di kediamannya yang terletak di Seremban2 sebelum disemadikan di Nilai Memorial Park, Negeri Sembilan pada pagi Khamis .

Pesawat Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal itu dipercayai ditembak jatuh. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd