• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbilion Ringgit Dijimatkan Menerusi NBOS

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pusat Transformasi Bandar (UTC), antara kejayaan NBOS, membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion dengan mengubah suai dan menyusun semula bangunan sedia ada yang kurang dimanfaatkan pada kos serendah mungkin, katanya.

“Kerajaan menyediakan perkhidmatan baharu dan perlu untuk rakyat, dan menjimatkan wang. Malah, dengan tidak membina dari mula, kita menyelamatkan RM100 juta bagi setiap UTC,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

UTC ialah pusat sehenti yang dibuka di seluruh Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari 8 pagi hingga 10 malam, tujuh hari seminggu.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata 35.3 juta pengunjung memanfaatkan UTC antara Jun 2012 dan Julai 2016.

Selain UTC, beliau berkata penugasan semula kira-kira 7,400 anggota polis di barisan hadapan keselamatan negara daripada tugasan di pejabat, turut menjimatkan sebahagian besar wang kerajaan.

“Menerusi penugasan semula, dan tidak mengambil anggota baharu, latihan dan membayar gaji pegawai baharu, kerajaan menyelamatkan RM1.3 bilion.

“Jika tidak, kerajaan perlu berbelanja, manakala tugasan pejabat diisi oleh penjawat awam dari jabatan lain, yang memerlukan penyelarasan dilakukan,” katanya.

Najib juga berkata latihan bersama dan kerjasama antara polis dan angkatan tentera menerusi inisiatif NBOS, memberi manfaat besar terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan, dengan tidak perlu membina pusat-pusat latihan polis yang baharu.

“Hakikatnya, kita nampak prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan memberi impak yang tinggi pada kos rendah dan pelaksanaan tindakan yang pantas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakNBOS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd