• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Neelofar Hijab Sasar Jualan Di Luar Negara RM15 Juta

oleh Ahmad Albab
16/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – NH Prima International Sdn. Bhd. menyasarkan untuk menggandakan jualannya di luar negara kepada RM15 juta pada tahun depan, dengan sokongan pembukaan kedai tidak lama lagi di London.

Pengarahnya, Noor Neelofa Mohd Noor, yang juga seorang pelakon dan pengacara TV, berkata syarikat meraih purata jualan di luar negara sebanyak RM5 juta melalui platform dalam taliannya.

“Saya harap kedai baharu di Chelsea, London, yang akan memulakan perniagaan pada bulan depan, akan meningkatkan lagi jualan kami di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang media oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengenai ‘CelebExports’ di sini hari ini.

Pada masa ini, koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.

Noor Neelofa, atau lebih dikenali sebagai Neelofa, berkata pada tahun lepas, syarikat mencatat jualan sebanyak RM50 juta dengan pasaran antarabangsa menyumbang 10 peratus daripada perolehannya.

Diperkenalkan pada September 2014, koleksi tudung sedia dipakai Naelofar Hijab semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Noor Neelofa berkata MATRADE memainkan peranan penting dalam perniagaannya termasuk penubuhan kedai pertama syarikat itu di luar Malaysia. – BERNAMA

Tags: Neelofar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Neelofa Kongsi Rahsia Bergelar Jutawan Berjaya

15/02/2018
0

SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd. Noor ini kan? Selain terkenal dengan dunia lakonan...

“Lelaki Patut Lindung Wanita, Bukan Guna Kekerasan”

18/01/2018
0

BARU-BARU ini tular di media sosial sebuah rakaman yang menyaksikan seorang lelaki menampar seorang wanita di khalayak ramai kerana tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd