• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nauraj Hampir Cipta Sejarah Dalam Acara Lompat Tinggi

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Pelompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hampir mencipta sejarah dalam acara trek dan padang di Rio, namun beliau gagal layak ke final dalam acara itu di Stadium Olimpik di sini pada Ahad.

Dalam pusingan kelayakan, beliau nyaris gagal mara susulan empat pelompat lain melepasi ketinggian sama pada paras 2.26 meter dalam cubaan pertama mereka, tetapi beliau hanya membuat lompatan tahap itu dalam cubaan keduanya.

Seramai 11 pelompat melepasi paras 2.29m dan layak sementara empat yang lain yang membuat lompatan pada paras 2.26m merupakan antara 15 pelompat terbaik dalam kalangan 44 atlet yang melepasi pusingan kelayakan.

Sekiranya Nauraj melepasi pada percubaan kali pertama lompatan, maka beliau akan berupa atlet trek dan padang pertama Malaysia yang layak ke final bagi acara olahraga.

Namun beliau turut gagal mengatasi rekod kebangsaan yang dibuatnya setinggi 2.29m di Terbuka Singapura tahun ini yang memberikannya tiket secara merit ke Rio.

“Saya gementar kerana ini merupakan olimpik pertama saya dan juga atlet pertama yang memulakan pusingan kelayakan,” kata pelompat berusia 24 tahun ini yang dilatih jurulatih sementara Alex Stewart dari Australia.

“Namun saya gembira dengan prestasi saya di olimpik ini yang membuktikan saya termasuk dalam kategori elit,” tambah atlet yang turut berlatih singkat di bawah asuhan Alex di Sydney.

Beliau melepasi ketinggian 2.17m pada percubaan pertama, 2.22m pada percubaan ketiga dan 2.26m di percubaan kedua tetapi gagal melepasi paras 2.29m dalam tiga percubaan yang dibenarkan. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd