• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teksi: Sambut Baik Saranan Pembatalan Kawal Selia Syarat

oleh Ahmad Albab
15/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Pengusaha teksi disaran agar menyambut baik saranan pembatalan kawal selia syarat untuk pemandu teksi oleh Kementerian Pengangkutan bagi memastikan mereka dapat bersaing dengan teksi Uber dan GrabCar.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penyahkawalseliaan peraturan yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) itu sudah pastinya akan membolehkan mereka bersaing dengan perkhidmatan berteknologi baharu itu.

Jelasnya sudah tentulah pengusaha teksi akan mendapat faedah dengan cadangan tersebut berikutan peraturan tambahan akan dikenakan kepada pemandu Uber dan GrabCar yang pasti akan menyelaraskan platfom yang sama bagi perkhidmatan teksi.

“Sudah sampai masanya pemandu teksi menjadi lebih berdaya saing dan fleksibel selepas kabinet meluluskan operasi GrabCar Dan Uber secara sah di negara ini.

“Mereka (pengusaha teksi) tidak boleh memberhentikan operasi hanya kerana mereka perlu bersaing dengan Uber dan GrabCar. Ini kerana teknologi dan aplikasi sentiasa berkembang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pintu Gerbang Tokong Sheng Fong Kong di sini hari ini yang bersama Menteri Perusahaan Peladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Liow berkata SPAD akan memaklumkan mengenai peraturan penyelarasan perkhidmatan pemandu teksi dan GrabCar dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai langkah Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji mekanisme percukaian terhadap perkhidmatan Uber dan GrabCar, beliau menjelaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan bagi tujuan itu.

“Terpulang kepada MoF kerana itu merupakan portfolio mereka dalam memastikan apabila ada keuntungan dan hasil syarikat yang menjalankan perniagaan, mereka perlu membayar cukai.

“Kita akan kaji sistem cukai sedia ada untuk melihat sama ada perlu atau tidak pengendali Uber dan GrabCar membayar cukai kepada kerajaan,” katanya.

Terdapat kira-kira 77,000 pemandu teksi berdaftar di negara setakat ini. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiTeksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd