• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daesh: Kerajaan Kelantan Beri Kerjasama

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama polis dalam mengekang kegiatan kumpulan militan termasuk Daesh di negeri ini.

Kerajaan negeri juga mengambil langkah menyekat anggota terbabit daripada memasuki Kelantan, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Saidatina Khadijah 2016 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak melibatkan diri termasuk melindungi suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan militan.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengenai sembilan suspek terbabit dengan militan Daesh ditahan dalam operasi antara 20 Julai hingga 9 Ogos lepas di Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kelantan.

Dua daripadanya adalah suspek yang dikehendaki bagi kes letupan bom di sebuah premis hiburan di Puchong, Kuala Lumpur, yang ditahan dengan bantuan Platun Tiger, Batalion 8, Pasukan Gerakan Am di Kuala Krai pada 9 Ogos.

Ahmad berkata perbuatan melindungi suspek militan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

“Sepatutnya tiada pihak yang melindungi suspek,” katanya sambil menjelaskan dalam perjuangan jihad, pembunuhan sewenang-wenangnya dikutuk oleh Islam.

“Konsep jihad amat luas…sepatutnya berjihad terhadap ekonomi serta pendidikan. Kita tidak sepatutnya terpedaya dengan golongan tertentu (militan),” katanya. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd