• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rompak: Kedai Emas Di Putrajaya Kerugian RM30,000

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah kedai emas di Presint 15 di sini kerugian kira-kira RM30,000 selepas dirompak tiga perompak bersenjatakan tukul besi dan penyembur lada.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan berkata kejadian 2.05 petang itu berlaku ketika tiga pekerja kedai itu diterjah tiga lelaki memakai topi keledar bermuka yang melepaskan semburan lada ke arah mereka sambil memecahkan kaca kotak pameran barang kemas.

Ketiga-tiga suspek, yang berumur dalam lingkungan 20-an, kemudian lari ke arah belakang kedai makanan berhampiran kedai emas itu selepas menyamun barang kemas berkenaan, dan dikejar oleh seorang pekerja kedai makanan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati sebuah kenderaan Alphard berwarna putih diletakkan di kawasan berhampiran. Pekerja kedai makan itu dapat menahan seorang suspek semasa dia cuba menunggang motosikalnya namun dapat melepaskan diri lalu bergegas ke arah kenderaan itu dan lari bersama mereka,”katanya di sini.

Beliau berkata kedai emas itu, yang beroperasi sejak setahun lepas, tidak mempunyai pengawal keselamatan dan jeriji keselamatan di bahagian kotak pameran barang kemas.

Rosly berkata ia merupakan rompakan pertama membabitkan kedai emas di Putrajaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata secara berkumpulan. – BERNAMA

Tags: rompakan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Dua Lelaki Rompak Kedai Emas Ketika Solat Jumaat Diburu

13/05/2022
0

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd