• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adnan Minta Selesai Prestasi Hambar Skuad Tok Gajah

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi prestasi hambar skuad Tok Gajah dalam Liga Malaysia akhir-akhir ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Namun beliau optimis PBNP yang diterajui Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dapat menyelesaikan desakan penyokong yang turut mahu rombakan dilakukan terhadap pengurusan pasukan tersebut.

“Terpulang kepada PBNP untuk memikirkannya. Biar mereka bincang dahulu dan kalau ada keperluan untuk kita (kerajaan negeri) campur, baharu kita akan lakukan,” katanya.

Adnan juga menasihatkan penyokong pasukan bola sepak negeri itu untuk bersabar dan tidak mencetuskan perkara tidak sepatutnya seperti kejadian membaling bom asap pada perlawanan antara Pahang dan Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Tak baik, jangan buat begitu. Adat sukan memang ada masa kalah dan ada yang menang. Pahang juga telah beberapa kali menang (sebelum ini). Kita beri dahulu PBNP selesaikan (masalah yang ada),” katanya.

Prestasi hambar skuad Tok Gajah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong sehingga mendesak ketua jurulatih pasukan Mohamed Razip Ismail melepaskan jawatan, meskipun beliau baharu membimbing pasukan itu selama lima bulan.

Lima kelab penyokong utama pasukan bola sepak Pahang iaitu Laksamana Tok Gajah, Family Tok Gajah, Elephant Army, Anak Pahang dan Pahang Brotherhood turut mengadakan perhimpunan di Stadium Darul Makmur pada 10 Ogos lalu mendesak PBNP memandang serius situasi terkini pasukan itu.

Mohamed Razip yang merupakan bekas jurulatih Harimau Muda B dilantik sebagai ketua jurulatih pada pertengahan Mac lalu bagi mengisi kekosongan jawatan itu selepas Ahmad Shahruddin Rosdi meletak jawatan ekoran tekanan hebat penyokong Pahang.

Terbaharu, enam penyokong skuad Tok Gajah ditahan polis dalam siasatan berkaitan kekecohan di Stadium Darul Makmur pada perlawanan menentang Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur pada Jumaat lalu.

Perlawanan yang berkesudahan dengan Pahang menang 2-1 itu turut dicemari dengan insiden balingan bom asap di tepi padang pada minit ke-80, menyebabkan pengadil Fitri Maskon terpaksa menghentikan perlawanan selama beberapa minit sehingga bom asap dipadamkan. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Disaran Buka Keanggotaan Kaum Lain

07/06/2018
0

UMNO perlu mengkaji semula Perlembagaan parti dan disaran buka keanggotaan kepada kaum lain sebagai langkah transformasi untuk perkukuh kedudukan parti...

Menteri Besar Pahang Diketahui Esok

11/05/2018
0

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi Menteri Besar Pahang bagi penggal kelima hanya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd