• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thai Tunggu ‘Berita Baik’ Tidak Lama Lagi

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Polis Thailand menunggu “berita baik” tidak lama lagi dalam siasatan terhadap beberapa insiden pengeboman dan serangan di wilayah di selatan semalam dan sehari sebelum itu yang menyebabkan 4 orang maut dan 35 orang cedera termasuk 10 pelancong asing.

Timbalan Ketua Polis Thailand, Jen Pongsapat Pongcharoen berkata, pasukan penyiasat masih mengumpul bukti mengenai insiden dan sebaik sahaja selesai, polis akan mengeluarkan waran tangkap.

“Polis Wilayah 8 memaklumkan bahawa mereka mempunyai berita baik dalam masa satu atau dua hari mengenai suspek kerana pihak berkuasa masih mengumpul bukti dan sebaik sahaja selesai, mereka akan mengeluarkan waran tangkap kemudian.”

“Pihak berkuasa percaya suspek masih berada di Thailand,” katanya kepada media di ibu pejabat Polis Diraja Thailand hari ini.

Pongsapat turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa belum membuat penangkapan berhubung insiden ketika spekulasi di kalangan media tempatan mendakwa bahawa dua orang telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan.

Timbalan Ketua Polis Thailand itu berkata, mereka yang ditahan oleh pihak berkuasa hanya untuk tujuan soal siasat sebagai saksi.

Beliau berkata, orang ramai awam dan pelancong tidak perlu panik terhadap situasi kerana pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera telah meningkatkan keselamatan di semua tempat awam dan kawasan tumpuan pelancong.

“Tiada insiden keganasan berlaku malam tadi dan hari ini,” kata Pongsapat. Beliau juga berkata, berdasarkan maklumat perisikan terkini, tiada tanda-tanda bahawa Thailand akan terjerumus dalam satu lagi kancah pengeboman dan serangan seperti yang berlaku dalam beberapa hari kebelakangan.

Serangan bom dan perbuatan khianat dilaporkan di beberapa lokasi di wilayah selatan termasuk kawasan tumpuan pelancong Phuket, Krabi dan Hua Hin semasa cuti umum di Thailand.

Semalam ialah cuti umum di Thailand sempena ulang tahun Kelahiran Permaisuri Sirikit ke-84.

Pelancongan memainkan peranan pentuing dalam ekonomi Thailand yang dijangka menerima 30 juta pelancong asing tahun ini dan menyumbang kira-kira 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kadar setiap tahun. – BERNAMA

Tags: Bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd