• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mas Gesa Peserta Program Realiti Guna Bahasa Ibunda

oleh AK-47
14/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG terkenal dangdut, Mas Idayu merupakan seorang yang lantang dalam menyuarakan pandangan apatah lagi jika sesuatu perkara itu melibatkan bidang yang menjadi periuk nasinya iaitu nyanyian.

Nama Mas Idayu seolah-olah meniti di bibir-bibir penggiat media hiburan tanah air mahupun negara-negara jiran selepas bergelar juri kepada beberapa buah program realiti.

Peluang yang dimiliki dimanfaatkan sebaiknya dan menggunakan peluang yang ada untuk menegur beberapa peserta yang menyertai program berkenaan agar kekal berbahasa Malaysia dan tidak terikut-ikut dengan loghat Indonesia dalam persembahan mereka.

Mas Gesa Peserta Program Realiti Guna Bahasa Ibunda

Meskipun berada di negara jiran, Mas Idayu masih menggunakan bahasa Malaysia dalam komentar yang diutarakan kepada peserta program tersebut dan ia diterima baik oleh warga negara itu.

“Alhamdulillah, cara saya menggunakan bahasa Malaysia ketika menjadi juri di program D’Academy Asia dan D’Academy Celebrity disukai oleh penonton dan termasuk pihak stesen televisyen Indosiar.”

Pelantun lagu Senggol-Senggolan, Cubit-Cubitan ‘menasihati’ artis tempatan (Malaysia) yang bercita-cita meluaskan bakat mereka ke negara seberang supaya terus mempraktikkan bahasa Malaysia.

“Malah, saya menegur peserta-peserta dari Malaysia agar tidak terikut-ikut untuk bercakap bahasa Indonesia. Pihak Indosiar sendiri setuju agar saya terus menggunakan bahasa Malaysia kerana ia dapat membezakan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Mas Gesa Peserta Program Realiti Guna Bahasa Ibunda

Tambah penyanyi yang berusia 47 tahun ini, peluang menjadi juri di negara seberang merupakan satu jalan singkat untuk meluaskan bakat yang dimiliki.

“Saya bersyukur apabila diterima dengan mudah di Indonesia dan kini mempunyai kelompok peminat sendiri. Pengikut laman sosial saya juga sudah meningkat ke 800,000 orang di Instagram.

“Pihak Indosiar juga membuat sebuah lagu dangdut berjudul Nafsu untuk saya dan ia akan dilancarkan tidak lama lagi,” katanya sambil menjelaskan lagu berknaan merupakan ciptaan komposer Caca Handika.

Dalam sibuk berkolaberasi dengan negara seberang, Mas Idayu juga merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 menyandang title sebagai guru vokal persembahan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Projek MMO

Tags: mas idayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persembahan Turun Dari ‘Langit’, Mas Rasa Dihargai

14/04/2018
0

NAMA Mas Idayu semestinya tidak asing lagi dalam industri seni suara, lagi-lagi selepas video 'ada nampak mummy happy?' menjadi tular di dalam...

Mas Idayu Nangis ‘Dibelasah’ Juri Di Pentas DAA3?

06/12/2017
0

PENYANYI dangdut, Mas Idayu menjadi bualan hangat dalam netizen selepas tularnya rakaman memarahi seorang peserta bernama Baby Shima di pentas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd