• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Percutian Terbantut Akibat Serangan Bom Di Thailand

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sebenarnya kami takut… Takut sangat berada di sini lebih lama lagi,” luah seorang rakyat Malaysia yang berada di Thailand semasa berlaku serangan letupan di beberapa kawasan di negara itu Khamis lepas.

Bimbang akan keselamatan selepas insiden berkenaan, menyebabkan sepasang suami isteri rakyat Malaysia itu membatalkan hasrat untuk menyaksikan sambutan hari ulang tahun kelahiran ke-84 Permaisuri Thailand, Ratu Sirikit, yang jatuh pada 12 Ogos walaupun telah lama merancang aktiviti tersebut.

Nor Aziah Othman, 58, berkata beliau dan suaminya Hashim Idris, 57, begitu teruja untuk menyaksikan sambutan berkenaan namun terpaksa menghentikan percutian mereka setelah tiba di negara jiran itu Rabu lepas.

“Kami hairan melihat begitu ramai pasukan polis yang mengawasi di setiap kawasan dan hanya mengetahui negara ini baru sahaja dikejutkan dengan beberapa letupan iaitu sehari selepas kami tiba di sini setelah kami membaca laporan berita di media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Percutian Terbantut Akibat Serangan Bom Di Thailand

Nor Aziah yang merupakan bekas wartawan akhbar tempatan berkata mereka terpaksa menjauhi lokasi yang menjadi tumpuan pelancong kerana bimbang menjadi lokasi sasaran serangan khianat dan hanya tinggal di dalam hotel yang disewa mereka di Banglamphu Pranakorn.

Terlalu takut dengan keadaan itu, ibu kepada tiga anak itu berkata dia dan suami segera mendapatkan tiket penerbangan pulang ke Malaysia di Lapangan Terbang Don Mueang sebaik mengetahui tentang situasi berkenaan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kira-kira pukul 10 malam ini.

“Walaupun pesawat kami dijadualkan berlepas pukul 6 petang hari ini (Sabtu), tetapi kami menuju ke lapangan terbang terbabit pagi lagi kerana bimbang dengan situasi semasa,” kata Nor Aziah yang menetap di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sejak Khamis lepas, beberapa kejadian letupan bom dan serangan khianat itu mengakibatkan empat terbunuh dan 35 lagi cedera, termasuk sejumlah pelancong asing. – BERNAMA

Tags: Bom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd