• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Minta Rakyat Pastikan Tiadanya Penjajahan Moden

oleh Ahmad Albab
14/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Rakyat perlu memastikan tiada penjajahan moden berlaku di Malaysia kerana mereka berperanan dalam menentukan hala tuju dan menjaga kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sekiranya negara dijajah dalam bentuk moden, segala martabat, maruah serta kedaulatan negara akan hilang dan tidak boleh diperoleh kembali.

“(Dalam) sejarah (Melaka), Bendahara Tun Perak setia kepada empat raja.Melaka terkenal sebagai Venice of the East (Venice di Timur) kerana kesetiaan tetapi bila percaya kepada hasutan, bagi maklumat kepada Portugis, hancur Melaka…ini pengajaran dari sejarah kita.

“(Oleh itu), jaga kedaulatan, ini kedulatan negara kita, itu adalah hak kita. Kepimpinan negara, kita yang tentukan bukan orang lain yang tentukan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu di Bandar Hilir di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh juga Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

Untuk mengelak daripada mengulangi kesalahan sama, Najib yang juga Presiden UMNO menekankan pentingnya kesetiaan sebagai tunggak kepada perjuangan untuk menjaga negara dan membela rakyat.

“Dalam politik, saya amat menghormati Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang amat setia dengan perjuangan parti UMNO. Bagi beliau, jawatan tidak penting… yang penting adalah perjuangan. Kalau parti selamat, kita semua selamat.

“Suatu hari nanti, saya akan serah (UMNO) kepada pengganti saya. Masa itu, kalau hendak datang kepada saya atau tidak, itu tidak mengapa. Tetapi, saya pantang mengkhianati UMNO. Kita mahu serah sebuah parti yang kuat,” katanya.

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, beliau menjelaskan bahawa semua keputusan untuk UMNO dan negara dibuat secara bersama atau syura.

Najib juga berkata sebagai pemimpin yang dipilih melalui sistem paling demokrasi dalam UMNO, beliau tidak mengamalkan sikap diktator yang tidak membawa kebaikan kepada parti dan rakyat.

Najib berkata ada yang mengatakan beliau bodoh kerana telah mengubah perlembagaan untuk memberi peluang kepada 160,000 anggota UMNO memilih presiden mereka, namun itu perlu dilakukan untuk mengukuh perjuangan parti untuk negara.

“Saya hendak jadi seorang presiden yang dipilih ahli, sebelum ini nak lawan kena ada 56 pencalonan. Nak dapat satu pun susah… 56 mustahil. Kalau saya kekal perlembagaan, senang-senang saya jadi PM lebih 22 tahun,” katanya.

Beliau berkata UMNO merupakan sebuah harta pusaka yang diwarisi bagi membawa rakyat dan negara ini ke hadapan seterusnya mengubah negara ini daripada negara sederhana ke negara berekonomi tinggi.

“Ini perjalanan kita, ini saya katakan transformasi kita untuk menjadi sebuah negara di mana imej kita, martabat kita, akan dihormati disanjung dunia.

“Sebab itu saya katakan di sini walau apapun mereka lemparkan tohmahan fitnah kepada kita, selagi ahli UMNO dan rakyat bersama saya, saya akan terus berjuang kerana kita ada misi,” katanya.

Najib berkata UMNO yang telah berdiri sejak tahun 1946 dan mengemudi negara sejak Merdeka dan masih banyak yang perlu dilakukan untuk memajukan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak mempelajari tentang sejarah Melaka yang runtuh akibat campur tangan negara asing, yang seterusnya menghapus segala perjuangan untuk menjadi sebuah negara yang hebat. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd