• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palestin Siasat Azan Diganti Lagu Umm Kulthoum

oleh
14/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMALLAH – Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam Palestin melancarkan siasatan susulan tindakan sebuah masjid di Nablus, wilayah Tebing Barat yang mengumandangkan lagu pop dan bukan azan ketika masuk waktu solat fardu.

Menurut stesen antarabangsa terkenal Perbadanan Penyiaran British (BBC), insiden aneh tersebut dilaporkan berlaku pada petang 11 Ogos lalu, apabila ketika itu penduduk setempat berharap dapat mendengar lantunan suara sang muazin yang bertugas melaungkan azan.

Bagaimanapun, betapa terkejutnya masyarakat Islam di kawasan tersebut ketika dari pembesar suara masjid mereka sebaliknya mendengar lagu irama pop malar hijau yang dilantunkan oleh Umm Kulthoum, salah seorang biduanita ternama Mesir era 1950-an hingga 1970-an.

Kekacauan tersebut sampai kepada pengetahuan pihak pemerintah Palestin yang secara langsung mengarahkan proses siasatan dilakukan untuk mengetahui apakah peristiwa pelik itu adalah sabotaj daripada musuh Islam atau sekadar kesalahan teknikal tidak disengajakan.

Palestin Siasat Azan Diganti Lagu Umm Kulthoum
Allahyarham Umm Kulthoum.

Namun penduduk setempat melahirkan pelbagai komen ekoran insiden berkenaan. Sebahagian masyarakat menganggap perkara tersebut tidak dapat diterima tetapi sebahagian yang lainnya menilai hal tersebut biasa-biasa sahaja dan mungkin cenderung sebagai agak lucu.

Sebuah rakaman video yang beredar luas menerusi media sosial tempatan memperlihatkan menara sebuah masjid dipercayai tempat lagu pop seniwati terkenal Mesir itu berganti mengalunkan azan sehingga mencetuskan panik dalam kalangan warga setempat sendiri.

“Apa itu? Oh… Lagu Umm Kulthoum!” kata seorang lelaki sambil tertawa kecil. Umm Kulthoum, atau nama sebenarnya Fātimah ʾIbrāhÄ«m as-Sayyid al-Biltāī yang meninggal pada 1975 dalam usia 76 tahun; dan merupakan salah seorang penyanyi paling terkenal di dunia Arab .

Lagu-lagu hebatnya bahkan masih lagi diputar oleh pelbagai stesen radio dan televisyen di negara-negara rantau Timur Tengah. Palestin ketika ini memiliki hanya kira-kira 40 buah masjid termasuk lapan buah di sekitar Tebing Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: azanMesirPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd